Thursday 9 June 2011

11 golongan yang didoakan oleh malaikat

11 golongan yang didoakan oleh malaikat

Allah SWT berfirman "sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mengerjakan perintah-perintah Nya. Allah mengetahui segala sesuatu dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka tidak memberi syafaat melainkan kepada orang-orang yang diredai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (QS al anbiyaa' 26-28)

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat 

1. orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda," Barang siapa yang tidur dalam keadaan bersuci maka malaikat akan bersmanya di dlam pakaiannya. dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ' Ya Allah, ampunilah hambamu si polan kerana tidur dalam keadaan bersuci" (hadis ini disahihkan oleh syeikh Al-Albani dalam Shahih At targhib wat Tarhib

2. orang yang duduk menunggu solat
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, " tidak salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat , selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malakat akan mendoaakan 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah sayangilah dia"

3. orang-orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat.
Imam Abu Dawud ( dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan" (Hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/30)

4. orang yang menyambung shaf ( tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf)
. Para Imam iaitu, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dal Al Hakim meriwayatkan dari Aishah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, " sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf' ( hadis ini disahihkan oleh syaikh Al Albani dalam Shahih At targhib wat Tarhib I/272)

5. orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu bersabda, "Para malaikat akan selalu bersalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wuduknya,(para malaikat) berkata, ' Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia"' ( Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

6. orang-orang yang melakukan solat subuh dan asar berjemaah
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari ( hingga solat asar) naik ( ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ' Bagaimana kalian meninggalkan hamba ku?', mereka menjawab, ' kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat"'( Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadis ini)

7. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darba' ra., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, " doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakan adalah doa yang dikabulkan. pada kepadanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'amin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" ( Shahih Muslim)

8. orang-orang yang berinfak
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, " tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya salah satu antara keduanya berkata , " Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. dan lainnya berkata , 'Ya Allah , hancurkanlah harta ornag yang kedekut.''' (shahih Bukhari dan Muslim)

9. orang yang makan sahur
Imam Ibnu Hibban dan Iman Ath Thabrani meriwayatkan dari Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,'' sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang makan sahur'' (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

10. orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thaib ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, '' tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah mengutuskan 70.000 malaikat untuknya yang berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh''.

11. seorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda,'' keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seoran yang paling rendah di antara kalian. sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang didalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajar kebaikan kepada orang lain'' (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam kitab Shahih At Tarmidzi II/343)

No comments:

Post a Comment